KEAMANAN : KUMPULAN NASYID MALAYSIA
Kisah manusia yang terleka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari ilahi
Hilang segala apa yang dibina
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan ini tak bermaya
Linangan air mata
Sukar bertukar duka
Cahaya harapan berubah yang amat
Kepayahan hidup yang amat sengsara
Keamanan, kedamaian
Keharmonian & kasih sayang
Harapan dalam kehidupan setiap insan
Kasih sayang sesama manusia
Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian & pembelaan
Belas kasihan
Semaikan benih keimanan
Agar ia tumbuh subur
Memanyungi kita
Sinar & harapan pastikan tiba
Menerangi hidup kita
Memerlukan pengorbanan semua
Masa hadapan yang kita impikan
dunia yang penuh ceria
Hidup aman sentosa
Bahagia......
Komen terhadap lagu:
Lagu ini mengisahkan tentang kesedihan yang dialami disebabkan oleh manusia yang terleka dengan dunia. Mereka memerlukan bantuan dan pertolongan untuk mengembalikan kebahagian yang sukar untuk dikecapi. Keharmonian dan kasih sayang mahu dipupuk semula agar keamanan dan harapan kembali hadir dalam kehidupan mereka.

